Salam,
Khamis; 3 Rabiul Awal 1404 H; jam 2.08 pagi...seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. =) Alhamdulillah...lebih kurang setelah 12 jam ibunya dikejarkan ke Kuala Lumpur. Kelahirannya dengan selamat sudah tentu dinantikan oleh kedua ibu bapanya, setelah pd 17 Oktober 1982 bersamaan 29 Zulhijjah 1402 H, anak pertama seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah kembali ke rahmatullah.
Mak hanya ingat kelahiran arwah abang & adik2 Fini dalam bulan Islam. Sbb, arwah abang lahir dan meninggal sehari sebelum Awal Muharram. Hisyam dan Amy pula dalam bulan Ramadhan..jd Mak ingat la berapa Ramadhan. Fini punya??? Sebelum adanya teknologi yang boleh convert dari tarikh Masihi ke Hijrah, Fini dh tahu sbb Mak ada simpan lagi diari tahun 1983 (sbb mak jadikan diari tu utk tulis resepi), jd melalui diari tu, Fini buka la..alahai takde dia tulis tarikh Hijrah. Tp, disebabkan Maulidur Rasul adalah hari cuti, kebetulan masa tu dlm bulan 12...Fini tolak la bilangan hari dengan tarikh tu. Dapatla tahu 3 Rabiul Awal == 8 Disember 1983. Sekarang kan dah ada converter yg leh kita semak. Bila Fini semak, erm...betul la apa yg Fini kira selama ni.
Hijrah-Masihi converter
Ayah .14 Februari 1956.Selasa.2 Rejab 1375 H
Mak.15 Mac 1959.Ahad.5 Ramadhan 1378 H
Arwah Abang.17 Oktober 1982.Ahad.29 Zulhijjah 1402 H
Fini.8 Disember 1983.Khamis.3 Rabiul Awal 1404 H
Syam.24 Mei 1985.Jumaat.4 Ramadhan 1405 H
Amy.1 Mei 1987.Jumaat.3 Ramadhan 1407 H
Tuesday, March 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









2 comments:
aley punye tarikh lahir dalam tahun hijrah isnin 21 sya`baan 1402 A.H. cueb teka tarikh lahir masihi aley berapa? hahahaha
Salam..Aley,
Fini teka eh..20 Jun 1982. Betul tak? Puas tau masuk2 tarikh. Huhuhu.
Post a Comment